kematian itu pasti menjelma. hanya masa dan waktunya tidak kita ketahui. cuba kita amati, mengapa kebanyakan orang yang ajal tidak dapat berkata apa-apa. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.
diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." ini jelas menunjukkan yang kita disarankan agar mendiamkan diri dan jangan berkata apa-apa pun ketika azan berkumandang. sebagai orang yang beragama Islam, menghormati azan banyak fadhilatnya. jika lagu diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri, mengapa ketika azan kita tidak mendiamkan diri? lantas sesiapa yang berkata apa-apa ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya hampir dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. dan oleh itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan bermohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkanlah lidah kami dalam mengucap kalimah Lailahaillah semasa sakaratul maut menghampiri kami."












2 ore suko kecek kokse kokde. hehe:
yup,kadang2 kita lupa walaupun benda 2 sbenarnye kite da tau.mekaseh ingatkan alin! ^_^
sama-sama. memang dah jadi tugas kita untuk ingat mengingati sesama manusia. :)
Post a Comment