Nama Ustaz Azhar Idrus sememangnya sangat terkenal di merata rata tempat malah ada yang menggelar beliau sebagai Ustaz Youtube kerana pengaruhnya yang cukup luar biasa dalam laman tersebut. Masuk je Youtube dan search nama Ustaz Azhar Idrus, pasti akan berlambak keluar video ceramahnya. Video dan buku beliau tak yah cerita la, laris macam goreng pisang beb. Apa yang menariknya tentang Ustaz Azhar nie, selain pandai buat lawak, beliau boleh cakap apa je, tak kira la pasal fotografi ke gadjet ke komputer ke. Semua tu celah gigi je. Disebabkan beliau sangat menggemari benda benda moden macam DSLR dan gadjet segala, tu yang buat kita sebagai orang muda, rasa sangat 'dekat' dengan beliau. Ustaz Azhar nie, kalau dia buat ceramah kat masjid, ajak la mat rempit, confirm dorang akan stop merempit dan join ceramah skali. :)
Sekali dengar ceramahnya pasti rasa nak lagi. Cara penyampaiannya yang cukup santai, menghiburkan, penuh dengan fakta serta pengajaran dan ditambah dengan unsur humor membuatkan ramai yang tak jemu mendengar tazkirah dan ceramahnya. Maka tak hairanlah golongan muda sekarang semakin celik mata hatinya, semuanya gara gara Ustaz Azhar Idrus beb!
Hasil google, dapat la jugak sedikit info tentang biodata Ustaz Azhar Idrus.
Biodata Ustaz Azhar Idrus
- Berasal dari Kampung Ladang, Kuala Terengganu
- Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6
- Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
- Mulai belajar agama sekitar tahun 1990
- Belajar secara talaqqi dengan lebih kurang lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun
- Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubok Pandan, Wakaf Tapai
- Sangat menggemari bidang fotografi
antara gambar hasil kerja tangan Ustaz Azhar yang dicilok dari fan page beliau
cantik kan?
sebelum aku terlupa, nak jugak letak something kat sini. jeng jeng jeng XD
hehehehehehe
Jom sama sama kita berdoa untuk Ustaz Azhar Idrus.
Ya Allah, Tuhan yang Maha Agung, Pemurah, Pengasih & Penyayang, kami mendoakan agar Kau peliharalah Ustaz Azhar Idrus ini daripada aniaya orang-orang politik yang sentiasa akan mencari-cari insan yang ingin menegakkan kebenaran dengan tujuan untuk dimatikan usaha murninya. Sesungguhnya kami yang daif ini memerlukan Ustaz Azhar ini untuk memberikan tunjuk ajar serta memurnikan kehidupan kami yang sentiasa dikelirukan oleh orang-orang yang mementingkan keduniaan. Kau panjangkanlah umurnya, Kau sihatkanlah dia, Kau murahkanlah rezekinya dan kau permudahkanlah usahanya untuk bertemu dengan rakyat disemua pulusuk negara Malaysia ini yang sentiasa dahagakan ilmu yang berlandaskan AlQuran dan Sunnah. Kau peliharalah keselamatan Ustaz Azhar semoga dia selamat pergi ketempat-tempat yang dia dijemput untuk berceramah dan selamat pula pulang semula ke tempat keluarganya yang tercinta. Ya Allah, sesungguhnya dengan adanya Ustaz Azhar ini telah mendekatkan kami kepada kebenaran dan mengikis sifat-sifat buruk kami yang lalu. Amin





















3 ore suko kecek kokse kokde. hehe:
Wahhhh sangat jelezz taww . ustaz ni sporting nye . hihihi.
tapi gmbar2 yg ustaz snap mmg cantik2 :)
hidup ustaz azhar idrus...
aaa..uai add..hehehe...siyesly uai seorang yg berbaakt dalam segala aspek...berilmu lagi..
"Harga diri dan iman.".
Post a Comment