Jika ada masa tertentu kalian berang kerana dugaan yg Allah beri, kita selami semula mengapa Allah permudahkan org lain tp tidak kita. Sesungguhnya semakin besar dugaan Allah pada kita semakin dia Mengasihi kita. Mengapa Allah memberi org lain rezeki yg berlimpah ruah sedangkan kita terlalu sukar utk memperolehinya. Fikir-fikirkan apa perbuatan kita yang membuat Allah murka dan disukarkan rezeki kepada kita.
Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk’ di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.
So dlm 43 perkara ni aku jamin ada lebih dr 5 ada dlm perbuatan kita seharian. Jadi aku memperingati diri sendiri dgn post ni, semoga ianya bermanfaat juga pada kawan2 yg lain. Jika dengan Allah kita masih mahu mendabik dada dan ego dibumi-Nya, tidak mahu mengalah dan mengakui kesalahan sendiri. Tiada siapa yg dpt membantu kita disana, sesungguh-Nya setiap apa yg ada dimuka bumi ini adalah milik Dia. Jadi jgnlah menyangkal kebenaran kerana keegoan. Jgnlah meninggalkan solat kerana kerja2 dunia. Tidak kah kalian fikirkan betapa baiknya Junjungan Rasulullah s.a.w memohon agar solat ini dikurangkan menjadi 5 waktu utk umatnya?











0 ore suko kecek kokse kokde. hehe:
Post a Comment