CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Best Viewed with Google Chrome. (zoom : 100%)

sila sign buku pelawat dulu ye. thanks. :)

Thursday, October 7, 2010

Punca hilang ingatan dan petuanya


Oh Allah, shower my heart with your guidance and please give me strength to face the reality of this worldly life. Please make it easier for me to come closer to you oh my Lord.

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda



Kurangkan makan bawang besar

Kurangkan makan berempah

Kurangkan makan ketumbar kering

Kurangkan menonton hiburan

Kurangkan membaca majalah hiburan

Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

Kurangkan minum air batu, air dalam tin (100plus dan lain2)

Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak-kanak

Jangan makan kepala ikan

Jangan minum air yang ada semut

Jangan tidur selepas Subuh

Jangan tidur selepas Asar

Jangan tidur selepas makan

Jangan makan terlalu kenyang

Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

Jangan menyapu rumah pada waktu malam

Jangan makan yang masam-masam berlebihan

Jangan dicampur makanan laut dan darat dalam satu hidangan

Jangan minum susu selepas makan daging/ayam


Perkara-perkara yang perlu diamalkan

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2

Selalu makan makanan yang panas2

Selalu makan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2

Selalu minum air masak

Selalu makan ulam-ulaman

Selalu mengamalkan pandangan hijau

Selalu bersenam

Selalu menggunakan imaginasi otak

Banyakkan makan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai (yang mempunyai pokok) kerana di situlah terdapat banyak ion2 negatf dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan, kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai peratusan yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego

Jangan dengki pada orang lain

Jangan makan dari sumber yang tidak halal

Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

Jangan makan makanan yang ada pewarna

Jangan makan makanan yang ada pengawet

Jangan menggunakan minyak masak lebih dari 2 kali

Jangan mandi selepas jam 9.00 malam

dan yang paling penting di bawah ini...

selamat beramal.. =)


Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar)
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
lalu mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat.)

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan Allah.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan
hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

(Surah Al-Ahzab:71)

Sumber : Email Sahabat omaQ.org



do free to drop some comment. kalau suka boleh like. :)

0 ore suko kecek kokse kokde. hehe: